Taman Negara Gunung Mulu mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia. Di sini terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh memuatkan empat puluh buah kapal terbang Boeing 747.

Di Mulu, anda juga boleh melihat terowong gua terbesar di dunia, Gua Rusa, yang boleh memuatkan lima buah gereja besar bersaiz gereja Saint Paul di London. Satu lagi tarikan utama di sini adalah Gua Air Jernih, gua paling panjang di Asia Tenggara. Gua-gua besar ini menjadi tempat tinggal berjuta-juta kelawar dan burung layang-layang gua yang berterbangan keluar setiap petang pada waktu senja.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bot
Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, anda perlu menaiki bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di atas Sungai Tutoh (satu cabangan Sungai Baram). Bot ekspres ini bertolak dari Marudi pada waktu tengahari setiap hari dan kembali semula ke Marudi pada waktu pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang tiga jam.

Laluan Udara
Malaysia Airlines (Maswings) menyediakan tiga penerbangan sehari dari Miri ke Mulu (30 minit penerbangan).

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut

Tel: (+60 85) 792 600/601/602/603
Fax: (+60 85) 792 605

E-mail: enquiries@mulupark.com



Pelawat yang suka sukakan alam semula jadi pasti merasa kagum melihat contoh luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia, termasuk rabung batu kapur yang besar, ngarai yang curam, yang dipanggil 'The Pinnacles'. Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian sukar tetapi sangat memuaskan hati. Pelawat digalakkan supaya menggunakan khidmat pemandu arah dan pengangkut barang.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING