Tak hairanlah jika di Miri ini terdapat taman buaya kerana Sarawak yang sememangnya terkenal dengan kisah buaya lagenda Bujang Senang. Pelbagai jenis buaya dipamerkan disini dan pastinya anda dapat melihat secara dekat. Selain buaya, haiwan-haiwan eksotik lain seperti burung Kasuari, landak , burung merak dan sebagainya turut dipamerkan disini.
Anda juga boleh melihat pertunjukan memberi makan kepada buaya (bangkai ayam) dan menyaksikan makanan tersebut menjadi rebutan Bujang Senang.
Laluan Darat
Tiada pengangkutan awam untuk ke sini. Anda boleh menyewa teksi untuk sehari atau menyewa kereta. Perhubungan jalan raya di sana sangat bagus dan dengan arah yang mudah diikut.